Emosi & Kesan Pada Diri
Maklumat berikut diperolehi dari Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin salah seorang ahli lembaga pengarah Sureco yang merupakan pakar perubatan rawatan alternatif.
Kajian ini adalah hasil pemerhatian dari berbagai-bagai sumber. Emosi dan perlakuan rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita.
1. Kondem Orang – Pengerasan arteri (salur darah) dan sakit tekak
2. Menganiaya – Sakit belakang
3. Menyindir – Bongkok
4. Menahan marah, memendam rasa – Sakit semua bahagian belakang
5. Menanggung masalah sendiri/orang lain – Lenguh bahagian belakang
6. Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan – Kanser
7. Menyimpan sesuatu – Sembelit
8. Menyampah kepada seseorang – Batuk
9. Kerakusan kasih – Jantung dan paru-paru
10. Minda yang tiada tolak ansur – Sakit sendi
11. Memendam rasa – Sakit pinggang
12. Kekesalan – Hati (liver)
13. Ketegangan emosi – Tengkuk tegang
14. Sedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan – Pankreas
15. Komplen – Organ seks
16. Menyimpan dendam – Gastrik
Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi di atas. Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.
amr 6:18 pm on Januari 24, 2007 Pautan Kekal |
assalamualaikum.
laman yg menarik dan banyak manfaat. Saya baru cuba-cuba buat blog ni. Ada juga artikel dan bahan yang saya ambil dari blog saudara/i. Harap dapat beri komen dan tunjuk ajar. Terima kasih
ml8001 9:07 am on Januari 25, 2007 Pautan Kekal |
alaikumsalam…
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog kami.Memang tujuan kami untuk berkongsi segala ilmu yang kami ada untuk seberapa ramai sahabat di luar sana. Jika ada artikel yang menarik boleh kita berkongsi bersama. Emelkan pada kami sahaja.
Terima kasih sekali lagi
kak anna 1:40 pm on Oktober 21, 2008 Pautan Kekal |
salam saudara/i
salam perkenalan…mintak halalkan info yang saya amik dari blog anda.
tq..