Perkara-Perkara Yang Akan Menyebabkan Kepapaan

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang…
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya…
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa…
4. Berjalan di hadapan guru…
5. Cepat keluar bila masuk masjid…
6. Berbohong…
7. Banyak bercakap kosong…
8. Pemalas…
9. Banyak tidur…
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan…
11. Selalu makan ketika hadas besar…
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala…
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi…
14. Bersifat bakhil…
15. Sentiasa tidur telanjang…
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab…
17. Menjahit pakaian di badan…
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri…
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan…
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah…
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah…
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah…
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah…
24. Membiarkan binatang yang halus di dalam rumah…
25. Menyapu sampah di waktu malam…
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api…
27. Selalu membakar kulit bawang…

——-
NOTA:

Saya tidak pasti adakah senarai di atas bersumber dari sebarang hadis atau pendapat ulama. Sebahagian dari sikap-sikap yang disenaraikan sedikit sebanyak mungkin boleh menyebabkan kepapaan. Sebahagiannya pula saya sendiri tidak nampak kaitannya secara langsung, dan ia mungkin hanya merupakan petua-petua lama dan tiada kaitan dengan ajaran Islam. Apa pun, terima kasih kepada quraisya kerana menghantar artikel ini untuk renungan kita semua.