Updates from April, 2010 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • At-Thahirah 1:56 pm on April 25, 2010 Pautan Kekal | Balas  

    Wajibkah Pakai Telekung? 

    “Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”

    “Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

    Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.

    Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
    Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!

    Begitukah?

    Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

    • Yakin telah masuk waktu
    • Menutup aurat
    • Mengadap kiblat
    • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
    • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

    Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.

    Jadi, wajibkah?

    Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

    “Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
    [ Al-Hajj : 7]

    Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

    Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

    Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

    “Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”

    Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

     
    • Lorena 9:02 pm on Ogos 30, 2012 Pautan Kekal | Balas

      In a future comment, I hope to explain some
      of the reasoning behind our choices. Good reasoning here. I always benefit from
      viewing your blog. I have learned a lot from them.

    • Height Increase Insoles 2:25 pm on November 17, 2012 Pautan Kekal | Balas

      It makes a change to find good content for once, I reaaly am getting sick of
      the retarded drivel I come across lately, respect.

    • how much are celine phantom bag 3:04 pm on Julai 2, 2013 Pautan Kekal | Balas

      Very fantastic information can be found on weblog . “You have to learn that if you start making sure you feel good, everything will be okay.” by Ruben Studdard.

  • At-Thahirah 5:41 pm on April 21, 2010 Pautan Kekal | Balas  

    Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami 

    Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

    1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

    2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

    3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

    4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

    5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

    6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

    7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

    8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

    9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

    10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

    11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

    12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

    Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

    http://www.iLuvislam.com
    dihantar oleh: Uwais al-Qarani

     
  • At-Thahirah 3:14 pm on April 14, 2010 Pautan Kekal | Balas  

    Tips Keluarga Bahagia 3 

    11) Berkata-kata/menasihati anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan adalah sepeeti berikut:

    • sebelum tidur
    • semasa tidur
    • selepas tidur
    • selepas riadah
    • selepas solat
    • selepas mandi air suam

    12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “Nak, solat jangan ditinggalkan” dan bukannya “Nak, jadilah anak yang cemerlang”(umum).

    13)Ibubapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

    14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

    15) Elakkan dan jangan sekali-sekali menyebut perkataan yang negatif kepasa anak-anak kerana doa ibubapa adalah makbul.

    16) Jangan risau anak tidak mendengar kata, tapi risaulah anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

    17) Setiap kali balik ke rumah ucapkanlah Basmallah (3x) dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan yang positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

    18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri).

    19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ia akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

    20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

     
  • At-Thahirah 9:42 am on April 8, 2010 Pautan Kekal | Balas  

    Tips Keluarga Bahagia 2 

    1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini adalah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya ALLAH jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

    2) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 kali sebelum tidur setiap hari. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

    3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan – selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

    4) Membaca al-quran – selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3kali.

    5) Bermaaf-maafan sesama rakan dan pasangan setiap hari – semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh minta maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

    6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya…(perkara yang elok-elok belaka)…” dan ini boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

    7) Program minda/cuci minda – paling baik pada waktu malam sebelum tidur. Senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya ALLAH, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokkan harinya.

    8) Cuba ingat tentang mati (sekiranya ingin melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

    9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik ialah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

    10) Peluk pasangan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh 10 saat. Jangan lama sangat dikhuatiri kita terpaksa ambil cuti kecemasan (faham-faham le..).
    Nantikan sambungannya……

     
  • At-Thahirah 3:18 pm on April 6, 2010 Pautan Kekal | Balas  

    Tips Keluarga Bahagia 

    Dosa gugur apabila suami isteri bersalam.

    RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan ALLAH hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon keredhaannya.”

    Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

    Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan ALLAH turut murka dan kemurkaan ALLAH  itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suaminya.

    Sesungguhnya keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

    Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalam dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

    Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

    Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurana layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

    RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepda suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam keredhaan suaminya.”

    Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan ALLAH melalui keredhaan suami.

    Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:

    “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.”

    “Renung-Renungkan dan Selamat Beramal”

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal