Tips Keluarga Bahagia 2

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini adalah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya ALLAH jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 kali sebelum tidur setiap hari. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan – selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca al-quran – selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang dan terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3kali.

5) Bermaaf-maafan sesama rakan dan pasangan setiap hari – semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh minta maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya…(perkara yang elok-elok belaka)…” dan ini boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – paling baik pada waktu malam sebelum tidur. Senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya ALLAH, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokkan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (sekiranya ingin melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik ialah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh 10 saat. Jangan lama sangat dikhuatiri kita terpaksa ambil cuti kecemasan (faham-faham le..).
Nantikan sambungannya……