Nilai Kasih Seorang Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping­ kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-lega­r si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5)Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangk­an Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada muka surat yang ditulisnya.

Diriwayat­kan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,”Wahai Rasul­ullah, siapakah yang paling berhak mendapat­ layanan baik dariku? “Rasulullah menjawab,”Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terde­katmu.”