Bisikan Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu …
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie….zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ……
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa….

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh…awal lagi…mmm..aaahh…suruh si X, punchkanlah…

Manusia – Azan sudah kedengaran…
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa… . rilex lah..awal lagi nieii….

Manusia – Eh, eh… .tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.lantaklahh….

Manusia – Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…pandai2lah…

Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…ayoohhh….

Manusia – uuhhh…letihnya arini..tak solat lagi nieee….
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu…