Pelik: Boleh Tukar Warna

titikpink.gif

Ini adalah satu lagi ujian untuk kita tahu sama ada apa yang kita fikir itu sama dengan apa yang kita lihat.

Di atas ini ada titik-titik berwarna merah jambu sentiasa berpusing-pusing.

Sekarang cuba renung tanda + yang berada di tengah-tengah gambar itu untuk beberapa ketika. Apa yang anda nampak?

Jika anda bernasib baik, anda akan nampak bahawa titik merah jambu yang berpusing itu bertukar menjadi warna hijau. Nampak atau tidak?

Memang anda pun tahu bahawa tidak ada satu pun titik berwarna hijau di situ dan sebenarnya titik warna merah jambu itu tidak hilang pun.

Begitulah keadaan otak kita dalam memberi pengertian kepada apa yang ia nampak. Dan apa yang ia nampak itu tidak semestinya betul..

Selamat merenung..