Online Bisnes : Be Brave!

Dalam seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet pada 8 Julai lalu, ramai juga yang bertanya kepada saya, bahawa mereka takut untuk mencuba kerana tidak pernah mencuba.

Disebabkan ramai yang tidak pernah membeli ataupun menjual diinternet, selalunya, keraguan adalah penghalang utama untuk bermula.

Sebagai contohnya:

Ramai tahu akan 2checkout, tetapi ramai yang tidak berani untuk memilikinya. Ramai yang kenal dan tahu Paypal tetapi ramai yang masih ragu-ragu (sebab dalam fikiran susah untuk withdraw money), dan banyak lagi isu-isu yang sudah dijawab tetapi disebabkan tidak pernah mencuba, maka ramai yang hanya mendengar tetapi tidak melakukannya.

Satu lagi soalan, “Saya tidak berani berniaga diinternet disebabkan bahasa Inggeris saya tidak berapa bagus…”.

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan…..

Mujur SaifulSham dalam bahasa Malaysia bukannya bahasa Inggeris (hehe, pada permulaan, kami mahu campur-campur bahasa tetapi lebih senang diberikan kefahaman dalam bahasa Malaysia)….

Jika anda terlalu takut untuk mencuba, bagaimana anda mahu tahu hasilnya? (opps, ini tidak sama dengan mencuba perkara berisiko tinggi seperti Forex, Autosurf, jangan salah anggap!).

Sebenarnya, sudah banyak forum-forum tempatan, usahawan internet tempatan muncul berkongsikan cara dan teknik berniaga mereka. Jadi, sudah terlalu banyak bantuan dan cara anda boleh lakukan.

Saya mengakui, dahulu pada waktu saya bermula sebagai usahawan internet, saya juga takut dan tidak berani mencuba, tetapi apabila sampai masa, saya harus melakukannya.

Jadi, sebenarnya, usahlah anda membazirkan masa untuk berfikir-berfikir (walhal sudah jelas ramai yang sudi membantu), kerana jika terlalu difikirkan perkara yang kecil, lama-kelamaan, minat kita untuk mendalami perniagaan internet makin pudar.

Hanya disebabkan masalah kecil.

Begitu juga dengan persoalan bahasa Inggeris, ramai takut kerana malu dahulu SPM hanya pangkat berapa sahaja bagi subjek bahasa Inggeris.

Tidak, jangan jadikannya alasan untuk tidak mencuba. Jujurnya, kalau anda membaca tulisan di Planesplanet, begitu banyak gramatical mistake.

Sama jugalah dengan Cheapestcovers.com (jangan marah yee), kalau anda menyuruh cikgu Inggeris membaca Sales Letter mereka, ada banyak perkara yang perlu diperbetulkan.

Tetapi, sebab mereka berani mencuba, mereka mendapat jualan yang berganda-ganda setiap minggu.

Jalan penyelesaian kepada masalah begitu banyak sebenarnya. Soal berani atau tidak itulah terletak pada tangan anda.

Jika anda fikirkan susah, selama-lamanya anda tidak akan membuat langkahan pertama anda dalam perniagaan internet.

Be brave ok!

Team Saifulsham