Idea Bisnes – Siri 6

JUAL KEMAHIRAN MENCURI

Seorang bekas pencuri dari Minessota, Amerika Syarikat mendapat idea 
untuk membuat keuntungan daripada pengetahuan dan kemahirannya mencuri.
Beliau bercadang untuk menulis buku dan menjualnya!

Jangan salah sangka. Beliau bukan menulis buku panduan bagaimana untuk
mencuri. Sebaliknya beliau menulis buku panduan khusus untuk para
pemilik kedai dan pasaraya bagaimana untuk mengatasi masalah kakitangan atau
pelanggan yang suka menipu dan mencuri barangan ataupun wang tunai.

Buku panduan berharga $50 yang dijual secara pos (mail order) itu
mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengusaha kedai dan pasaraya di
seluruh Amerika dan Kanada! Kandungan buku panduan itu sangat berkesan
kerana ia mendedahkan taktik dan helah yang sering digunakan oleh
pelanggan dan kakitangan yang suka mencuri!

Salah seorang pemilik pasaraya yang amat berpuas hati dengan buku
tersebut mendedahkan beliau dapat menyelamatkan kerugian sebanyak $25,000
setahun setelah membaca buku itu!

Begitulah, kemahirannya mencuri telah mendatangkan pendapatan sebanyak
$500,000 hanya dengan menjual buku tersebut! Kini beliau tidak perlu
mencuri lagi.

Mesej & pengajaran:
Hanya satu (1) idea yang hebat… ianya akan mengubah kehidupan anda
selama-lamanya!