Idea Bisnes – Siri 5

IDEA KREATIF, SIMPLE TETAPI HEBAT!

Saya menuju ke Post Office Mid Valley pada jam 8.00am untuk menghantar
pesanan CD-ROM ‘Idea-Idea Bisnes Yang Hebat & Luar Biasa!’ kepada para
pelanggan saya tetapi rupanya post office di situ buka pukul 10.00am!
Maka terpaksalah saya menunggu di situ, lagipun saya ada temujanji
dengan pelanggan lain pada pukul 10.30am di Mid Valley juga.

Saya pun berjalan-jalan tetapi tiada satu kedai pun yang dibuka. Yang
kelihatan hanyalah pekerja pembersihan dan juga pekerja2 kedai yang
membuat persiapan untuk perniagaan hari itu.
Tetiba saya terpandang seorang apek tua yang menolak sebuah shopping
trolley yang sarat berisi vacuum cleaner dan peralatan mencuci lainnya.
Saya perhatikan beliau masuk ke sebuah kedai lalu memulakan kerjanya…
mencuci dan membersihkan kedai!

Saya hanya memerhatikan beliau bergerak dari sebuah kedai ke kedai yang
lainnya. Setelah selesai mencuci kedai ke 7, beliau berjalan ke bangku
untuk berehat sebentar. Saya pun pergi ke arahnya dan duduk di sebelah
beliau.

Saya katakan saya tertarik dengan apa yang dilakukannya dan ingin
berbual dengannya sebentar. Beliau tersenyum lalu ketawa.

Namanya Liew Kok Chan berusia 65 tahun. Hidup bersendirian setelah
kematian isterinya 10 tahun lepas. 3 anaknya sudah berkahwin tetapi dah
migrate ke UK, USA dan Australia.

Uncle Liew mengatakan beliau merupakan pesara kerani di jabatan
kesihatan. Namun disebabkan kesunyian dan juga untuk menampung perubatan
penyakit diabetesnya, beliau harus mencari pendapatan tambahan.

Pada umurnya 65 tahun, siapakah yang ingin mengambilnya bekerja? Lalu
beliau berfikir mencari idea terbaik untuk mendapatkan wang dengan
kudrat yang ada padanya! Nak tahu apa ideanya itu?

Dengan bantuan jiran, beliau mengambil upah sebagai pembersih di sebuah
kedai di Mid Valley dengan upah RM10 sehari.Kerjanya ialah vacuum
lantai, buang sampah dan lap cermin. Itu sahaja! Semuanya boleh disiapkan
dalam masa 15 minit sahaja!

Uncle Liew bekerja dengan tekun dan ini menarik minat ramai lagi
pemilik kedai yang lainnya! Beliau bawa peralatan sendiri dan upahnya
berpatutan. Ini menarik pemilik-pemilik kedai lainnya untuk mendapatkan
khidmatnya!

Maka bermulalah kerjaya baru Uncle Liew sebagai pencuci ‘freelance’ di
Mid Valley.
Kini, Uncle Liew bertanggungjawab membersihkan 20 kedai setiap hari!
Bayangkanlah… 20 kedai x RM10 = RM200 sehari!
RM200 sehari x 7 hari semingggu -= RM1,400 seminggu!
Ini bermakna pendapatan beliau RM5,600.00 sebulan!!

Anda bagaimana? Kerja 9-5 anda memberikan pendapatan sebanyak itu?
Lihatlah Uncle Liew menggunakan ideanya yang simple tapi luar biasa untuk
meraih pendapatan hanya kerja sambilan selama 5 jam sahaja sehari!

Uncle Liew mendapat banyak permintaan tetapi terpaksa menolaknya kerana
itu sahaja yang termampu dilakukannya. Maklumlah…orang tua.

Bagaimana? Tidakkah anda mahu menggunakan idea anda sendiri untuk
pendapatan yang lumayan?! Fikirkanlah!

Mesej & pengajaran:
Idea kreatif dan luar biasa bukan milik seseorang individu sahaja.
Ianya tidak mengira bangsa, umur, jantina, keturunan dan pangkat. Pokoknya
bagaimana anda menggunakan akal fikiran untuk mencapai sesuatu! Pasti
boleh!