Idea Bisnes – Siri 4

PET ROCKS

Gary Dahl, seorang eksekutif firma pengiklanan berbual dengan rakannya di sebuah pub mengenai lecehnya memelihara binatang peliharaan. Rakyat Amerika membelanja banyak wang untuk memelihara haiwan termasuk makanan, perubatan dan juga permit dari majlis tempatan.Gary merasakan ada cara lebih baik untuk mempunyai binatang peliharaan yang tidak memerlukan masa, perhatian, wang dan juga soal kebersihan! Beliau akhirnya mendapat satu idea!Gary memperkenalkan ‘BATU’ untuk dijadikan peliharaan! Batu berbentuk bujur diletakkan di dalam kotak yang mempunyai lubang untuk ‘pernafasan’ dan tangkai, memudahkan untuk dibawa ke mana-mana.Ideanya mudah. Anggap batu ini seperti haiwan peliharaan, cuma ianya mudah dijaga dan tidak mengotorkan. Ini adalah adalah revolusi baru dalam memelihara binatang. Batu yang tidak bernyawa!Lebih hebat lagi, Pet Rock ini dijual lengkap dengan buku panduan bagaimana hendak memelihara batu peliharaan ini! Gila bukan?Sungguh tidak dijangka, Pet Rock mendapat sambutan amat luar biasa! Gary berjaya menjual lebih daripada sejuta unit! Sebelum menjual produk unik ini, Gary telah menetapkan harga jualannya sebanyak $3.99 dengan keuntungan sebanyak $1 untuk dirinya bagi setiap unit.Dengan terjualnya lebih dari sejuta unit, Gary menjadi jutawan sekelip mata! Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai Pet Rock ini dari http//individual-utoronto.ca/elaine/petrock.htm atau search ‘pet rock’ dalam Google.

Mesej & pengajaran:Manusia selalu terpesona dengan keunikan, kelainan dan sesuatu yang diluar kebiasaan.Hanya mereka yang bijak yang akan mengaut keuntungan & faedah daripada keadaan ini!